Teringin Nak Cuti? Hujung minggu ni nak ke mana? Jom kita pergi bersantai di Pantaiku, Jerejak!
Bayangkanlah sinar matahari yang aman, angin bertiup sepoi-sepoi,debur ombak menghempasi pantai, memang Best!
Kini di bawah pihak pengurusan baru, Resort Pulau Jerejak dibuka semula kepada orang ramai.
Mari kita bebaskan diri dari riuh-rendah kotaraya, bebas dari sandiwara hidup dan dunia.
10 minit saja, naiklah bot di Jeti Pulau Jerejak, sebuah pulau syurga menunggu anda.
Masa Berlepas: 8pagi hingga 9malam
Lokasi: Jeti Pulau Jerejak Island Resort
Harga Tiket Feri: RM20 seorang (Pergi dan Balik), kalau budak berumur 6 tahun ke bawah, FREE tau!
Ingat tau, simpan tiket tu baik-baik, nanti bolehlah digunakan untuk menebus minuman, coklat atau gula-gula.
Ke arah Norma Baru
Risau dengan norma baru? Jangan risau!
Pihak pengurusan Pantaiku telahpun mengambil segala langkah yang diperlukan untuk memenuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Saringan suhu badan? Proses sanitasi? Siap Beres sebelum melangkah masuk ke kaunter tiket. Ringkas dan cepat.
Terlupa pulak, sempena norma baru, tempahan tiket bot serta bagi aktiviti yang lain boleh dibuat terus kat laman web baru – jerejak.trip4asia.com.
Tak payah lagi bersusah-payah beratur ataupun geram hati menunggu bot seterusnya, terus klik saja!
Promosi Resort Istimewa
Tunggu! Ada lagi kejutan hangat, sempena tempoh PKP Pemulihan yang berlanjut sehingga 31hb Ogos 2020, pihak pengurusan Pantaiku menawarkan PROMOSI istimewa untuk penginapan di Resort Pulau Jerejak.
Tempoh: sehingga 31hb Ogos 2020 sahaja
Harga Bilik:
a)Twin Room(Dari RM89-RM199)
b)Family Room(Dari RM199-RM239)
c)Twin Room Dengan Garden View(Dari RM199-RM239)
d)Family Room Dengan Garden View(Dari RM299-RM359)
Perhatian: Harga PROMOSI belum termasuk 6% SST, cukai pelancongan serta cukai warisan.
Ingat ya, bagi tau la sanak-saudara, rakan taulan semua, jangan tak ingat.
Relaks Sajalah
Jangan lupa jugak, pastikan bateri telefon korang penuh, port-port ambil gambar yang lawa-lawa belaka seperti Stairway to Heaven dan Rainbow Jetty menunggu Anda!
Sekadar pemandangan matahari terbernam memang cukup berbaloi untuk tambang tiket tu, relaks dan enjoy saja, tangkaplah gambar cantik sepuas hatimu!