Pasar Awam Jalan Jelutong Pulau Pinang akan ditutup serta-merta ekoran empat (4) kes positif Covid-19 yang melibatkan peniaga-peniaga di pasar tersebut.
Penutupan akan dibuat serta-merta mulai 17 Mei 2021 jam 1.00 petang sehingga dimaklumkan kelak bagi kerja-kerja sanitasi dan juga langkah-langkah mengekang penularan wabak Covid-19.
Menurut kenyataan media oleh Bahagian Komunikasi Korporat dan Pertubungan Awam, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang,Penutupan tersebut melibatkan 60 gerai dalam Pasar Jelutong, 186 gerai tapak penjaja sementara (TPS) Jalan Penaga / Lorong Ipoh pada waktu pagi dan 32 penjaja statik sementara (PSS) di Lorong Penaga / Lorong Ipoh / Lorong Batu yang bemiaga pada waktu petang dan malam.
Orang ramai diminta untuk mengambil perhatian terhadap penutupan tersebut dan dinasihati juga supaya berhati-hati serta sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19 terutamanya dalam komuniti.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang Juga menasihati persatuan-persatuan pasar untuk memastikan kawalan pengunjung dilaksanakan dengan baik di setiap pasar awam. Individu yang berstatus “risiko tinggi” (High Risk) daiam aplikasi MySejahtera adalah dilarang masuk ke dalam premis pasar-pasar awam Majlis.
Tindakan penguatkuasaan termasuk penutupan akan dibuat sekiranya didapati melanggari SOP yang ditetapkan.